Want your
own Fotopage?






 
Dari Teratak Maklang

By: Mak Lang

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 7-Aug-2007 14:40 Email | Share | | Bookmark

 
Hari ini maklang macam mengidam pulak. Nak makan yang manis2. Maklumlah maklang puasa hari ini. So, last2 nak buat kuih Puteri Mandi. Maklang memang suka sangat kuih ni...

Bahannya:

2 cawan Tepung pulut
1sdt garam
1 cawan air (Perahan air daun pandan)
1.2 cawan kelapa parut- ambil yang putih sahaja
3/4 cawan gula ( mengikut rasa)
2 helai daun pandan
Pewarna merah atau hijau

Caranya:

Tepun pulut diayak dan kemudian dicampurkan dengan air perahan daun pandan)yang telah dilarutkan dengan garam. Letakkan aie sedikit dan uli sehingga tepung tidak lagi melekat di tangan mahupun disekeliling mangkuk.

Bulat2kan adunan sebesar guli dan kemudian tekankan ditengah.

Sementara itu, panaskan air didalam periuk.

Apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dibulat2kan tadi. Apabila doh timbul, bermakna, ianya telah masak.

Diperiuk lain, masakkan gula bersama 1 cawan air dan daun pandan. Apabila telah menggelegak, masukkan kelapa dan biarkan sehingga mendidih. Sekiranya terlalu cair,letakkan sedikit tepung jagung. Masukkan doh yang telah direbus tadi dan biarkan sebentar. Angkat dan hidangkan.

Caranya:


Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

muahahaha..maklang leh curik resepi maklang wat kat umah nih ehhheee...apa dah jadi ulam pegaga maklang?
napa maklang tak muncul muncul kat YM daaa puas ku tunggu tapi tak muncul juaa

maklang jengah lah laman kiter atau sesapa sudi jalan jalan kat fotopages nih singgah lah
http://ayangserra.fotopages.com
http://marikedapur.fotopages.com
http://lamanimpian.fotopages.com
Wed 23-Jul-2008 04:38
Posted by:lynn lynn_selamanya7676@yahoo.com
Salam..tumpang lalu ye tuan rumah.

I'm selling PONEY children's clothes at only RM25 each pc. agents/distributors are most welcomed(special rates will be given to you!). I also have Avents, Fisher Price & McLaren products at a discounted price. Discounts starts from 20%!!! It's a great deal isn't it?

my fp: http://soadorablebabies.fotopages.com
tel: 016-2488832
Fri 3-Apr-2009 00:55
Posted by:Elly soadorable.babies@yahoo.com  - [Link]
Salam tuan umah

Pakej2 menarik dari koleksi Pengantin Asmaharis, minat sila
layari http://asmaharis.fotopages.com

Contact :017-2048122
Email/YM: asmaliza79@yahoo.com
Wed 13-May-2009 04:28
Posted by:As asmaliza79@yahoo.com  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Tuesday, 7-Aug-2007 14:05 Email | Share | | Bookmark
Roti Asas

 
 
Selamat Datang ke Dapur Maklang




Bahannya:
Bahan A:
480gm roti berprotin tinggi
120 gm tepung serbaguna
4 sdt bumbung mauripan (yis kering)
1sdt garam
2-3 sdt bread improver ( tak ada pun tak adap. tapi roti tidaklah selembut macam kat kedai)
20gm tepung susu
110gm gula

Bahan B:
300ml air
1 biji telur

Bahan C:
60gm butter


Caranya:

Campurkan bahan A sehingga sebati.

Masukkan bahan B dan gaul rata.

Masukkan bahan C dan uli sehingga tidak melekat di mangkuk.


Tutupkan doh dan biarkan selama 50-60 mins sehingga size nya 2 kali ganada

Cucukkan jari ditengah doh, dan sekiranya ianya tidak tenggelam menunjukkan doh telah sedia untuk diuli menjadi roti

Untuk roti tuna:

Buangkan air tuna, dan hancurkannya. Letakkan 2 sdb mayo dan sedikit perahan air limau serta lada padi jika mahu. Letakkan bawang besar yang telah dipotong dadu.

Selepas sudah mencanai tepung, masukkan tuna. Biarkan selama 40 mins sebelum dibakar...

Roti ini boleh digunakan sebagai roti asas untuk semua jenis roti.



Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

Terima kasih kerana share recipe roti ni. Boleh le cuba hari ni .... Sat 9-Feb-2008 05:08
Posted by:Kak Nana  - [Link]
Sedap2 belaka ..................dapatkan Tepung Kek segera dan Rempah Gorengan di http://syarifah07.fotopages.com Mon 19-May-2008 23:51
Posted by:syarifah
Roti sosej. My favourite. tapi setakat ni beli je la kat tesco. thanks for the recipe.


FOR MORE GREAT DEALS

http://BerkatGemilang.blogspot.com
Anything & Everything is For Sale
Tue 27-Oct-2009 06:14
Posted by:Berkat Gemilang  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Tuesday, 7-Aug-2007 13:45 Email | Share | | Bookmark
Oreo Cheese

 
Selamat Datang ke Dapur Maklang



Sebab ramai sangat nak kan resipi Oreo Cheese yang maklang buat dan sedaaap sangat and maklang nak share dengan semua, maka maklang letakkan kat sini...Selamat mencuba.

Sebenarnya resipi ni maklang jumpa masa maklang ronda kat internet tengahari semalam, nak cari apa nak buat...Tapi tak ingat dah kat mana ianya berasal!

So, here goes...

Bahan2nya:

20 keping oreos (yang dua lapis)
butter secukupnya.

Blend oreo sehingga hancur dan campurkan dengan butter dan gaulkan sehingga boleh di kepalkan. Masukkan dalam bekad cupcakes dan tekankan supaya rata...

Masukkan kedalam fridge selama 10 mins.

Untuk nak buat inti cheese.

250g cream cheese
3/4 cawan gula icing ( boleh kurangkan jika mahu)
1 cawan whipped cream
1 biji telur
vanilla essence

Caranya:

Pukul cream cheese bersama gula sehingga sebati. Masukkan whip cream dan pukul lagi. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan vanilla. Kemudian masukkan sedalam acuan cup cake tadi. Bakarkan selama 20 mins atau sehingga ia kekuningan. Biarkan sebentar diluar dan kemudain masukkan ke dalam peti ais. Sedap di makan sejuk2...



leh cuba ne... Fri 7-Sep-2007 10:53
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
mak lang, nak tanya oreos tu nk dibuang krim tengah nyer ke x payah... dan kalu guna dalam acuan cupcake (muffin pan) tu boleh x, perlu ke digris dengan mentega ? atau letak dlm bekas cupcake kertas tu dan letak dlm muffin pan tu lagi mudah? terima kaseh mak lang Fri 5-Sep-2008 00:46
Posted by:sue kassim sue_kassim@yahoo.com
lynn, tak perlu buang krim, blend semenya...boleh guna pang muffin tapi nanti bila serve tak canteklaa... Tue 9-Sep-2008 19:26
Posted by:mAK LANG LINA
Add comment


Tuesday, 7-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark

 
Selamat Datang ke Dapur Maklang...



Hari ini maklang macam mengidam pulak. Nak makan yang manis2. Maklumlah maklang puasa hari ini. So, last2 nak buat kuih Puteri Mandi. Maklang memang suka sangat kuih ni...

Bahannya:

2 cawan Tepung pulut
1sdt garam
1 cawan air (Perahan air daun pandan)
1.2 cawan kelapa parut- ambil yang putih sahaja
3/4 cawan gula ( mengikut rasa)
2 helai daun pandan
Pewarna merah atau hijau

Caranya:

Tepun pulut diayak dan kemudian dicampurkan dengan air perahan daun pandan)yang telah dilarutkan dengan garam. Letakkan aie sedikit dan uli sehingga tepung tidak lagi melekat di tangan mahupun disekeliling mangkuk.

Bulat2kan adunan sebesar guli dan kemudian tekankan ditengah.

Sementara itu, panaskan air didalam periuk.

Apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dibulat2kan tadi. Apabila doh timbul, bermakna, ianya telah masak.

Diperiuk lain, masakkan gula bersama 1 cawan air dan daun pandan. Apabila telah menggelegak, masukkan kelapa dan biarkan sehingga mendidih. Sekiranya terlalu cair,letakkan sedikit tepung jagung. Masukkan doh yang telah direbus tadi dan biarkan sebentar. Angkat dan hidangkan.

Caranya:


Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

Salam Mak Lang, saya dah cuba resepi oreo cheese tu. Sedap. Anak2 dan kengkawan pun suka. Thu 30-Aug-2007 01:47
Posted by:min normina_azib@yahoo.com
cedapnya nak cikit..kita pun puasa Fri 7-Sep-2007 10:51
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
Utk mendapatkan HIASAN DINDING RUMAH - D'FRAMES yg CANTIK & TRENDY, sila layari laman web berikut:
http://decodayana.blogspot.com/
Wed 11-Nov-2009 14:05
Posted by:Amar rehayunus@gmail.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 28-Jul-2007 14:11 Email | Share | | Bookmark
Beriani Ayam

 
 
Selamat Datang ke Dapur Maklang



Hari ini maklang masak Beriani Ayam. Bukannya apa, dah lama tak masak, and semalam jumpa daun pudina kat pasar tani. Fresh2 pulak tu. Biasanya payah nak dapat daun pudina ni.
Jom kita masak...

Bahan2 untuk nasi:

3 put beras Basmathi dicuci dan ditoskan
3 put air
1/2 put yogurt ( boleh digantikan dengan 1/2 put susu pekat dicampurkan dengan 2-3 sdb perahan air limau nipis)
Sedikit garam mengikut rasa
3 biji lada merah }
3 biji bawang merah }di mesin halus
3 ulas bawang putih }
1/2 inci halia }
bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga
1 labu bawang besar di mayang
2 helai daun pandan di simpulkan
4 sdb minyak sapi
3sdb minyak masak
sedikit pewarna kuning, saffron(koma-koma) dan air mawar.
1 pokok daun bawang, daun ketumbar, daun sadri dipotongsepanjang 2 inci
secekak daun pudina dibuang batangnya
segenggam gajus digoreng }
segenggam kismis digoreng sebentar } boleh dikurangkan jika tidak suka


Caranya:
Cairkan minyak sapi bersama minyak masak.
Tumis bwawang besar yang dimayang bersama dengan rempah tumisan sehingga naik bau.
Masukkan bahan yang telah dimesin dan digoreng sebentar.
Masukkan air dan yogurt serta daun pandan.
Apabila mendidih, masukkan beras.
Apabila separuh masak, masukkan daun bawang, daun ketumbar dan daun sadri serta daun pudina .
Apabila nasi tlah masak, ambilkan minyak dari lauk beryani dan diletakkan kedalam nasi. Ambil jugak sedikit dari rempah beryani ayam tersebut dan digaulkan dengan nasi.
Pewarna kuning serbuk dicairkan dengan 3sdb air mawar bersama saffron. Renjis2kan ke dalam nasi. Tutup periuk nasi dan biarkan sebentar
Masukkan jugak kismis dan gajus yang telah digoreng tadi



Lauk Beryani
1 1/2 ekor ayam dipotong dan dibersihkan.
3 biji bawang merah }di mesin halus
3 ulas bawang putih }
1/2 inci halia }
Rempah beryani 1-2 packet
bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga
2 biji bawang merah di mayang
5 sdb minyak sapi
3sdb minyak masak
4 biji tomato masak dimesin halus
1/2 tin tomato puree
4sdb madu
2 sdb gula putih
1 sdb gula merah
2 adb HP sauce (kalau tak ada tak pe)
1/2 tin susu cair
4 biji lada hijau dipatah2kan sepanjang 1 inci
10 biji badam dimesin halus
1 pokok daun bawang, daun ketumbar, daun sadri dipotongsepanjang 2 inci
secekak daun pudina dibuang batangnya
segenggam gajus digoreng }
segenggam kismis digoreng sebentar } boleh dikurangkan jika tidak suka
garam mengikut rasa

Caranya:

Gorengkan ayam bersama garam dan kunyit. Jangan terlalu masak.

Panaskan mnyak sapi bersama minyak masak. Tumiskan rempah tumisan bersama bawang merah yang dihiriskan.
Masukkan bahan2 yang dimesin tadi.
Apabila telah naik bau, masukkan rempah berani.
Apabila rempah telah garing, masukkan tomato blend, tomato puree, badam, HP sause,
lada hijau, madu, gula dan susu. Apabila telah naik minyak, masukkan ayam.
Masakkan atas api kecil sehingga naik minyak lagi.
Masukkan pula daun2 tadi bersama kismis dan gajus.
(Biasanya maklang tak letak banyak sangat dalam gajus sebab nanti tak jumpa! Baik masukkan kat dalam nasi. Senang carik!)
Apabila telah betul2 masak, ambil minyaknya dan letakkan kat dalam nasi.


Acar mentah

1 biji Timun di hiris nipis sepanjang 1.5 inci. Hempulur nya dibuang
1 biji carrot juga dihiris nipis sepanjang timun
bawang kecil dihiris
bawang putih dihiris
2 biji lada merah dihiris
1 biji tomato dipotng nipis
sedikit garam dan gula

Campurkan semua bahan. Acar ini tak dicampur dengan cuka. Tomato boleh digunakan sebagai pengganti cuka. ( Maklang pun sebenarnya taj tahan dengan cuka ni. Boleh buat perut masuk angin!)





Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!


terima kasih mak lang ingat nak cuba besuk, nanti kalau dah cuba
auntie kasi tahu kat mak lang
Thu 2-Aug-2007 12:14
Posted by:umi-kal  - [Link]
sedap nengok nasi tu...em air mawar tu blh dpt kat mane m.lang?klu tak bubuh ok tak? Fri 29-Feb-2008 05:05
Posted by:tieyha nfb89@yahoo.com  - [Link]
Saba ada juga masak nasi baryani. selalunya sukatan tu main agak2 je. So, bila kekawan tanya resepi susah nak bagi sukatan yg betul. Minta maaf maklang ya, saya pinjam sukatan maklang & modified sikit. Raya tempohari saba masak nasi untuk 100 org, teknik kukus. Orang sabah dah pandai makan baryani tau.. (Saba ni asal Batu Pahat). Mon 26-Oct-2009 08:34
Posted by:sabasofian sabariahmohdsofian@gmail.com
View all 9 comments Add comment


Saturday, 28-Jul-2007 10:46 Email | Share | | Bookmark
Gado gado

 
 
Selamat Datang Ke Teratak Maklang






Bahan-bahannya:
3 biji lada merah
3 biji cili padi
3 ulas bawang putih
Sebesar ibujari asam jawa ( dibuangkan bijinya)
2 sdt gula merah
3 helai daun purut
1 cawan kacang tanah digoreng
½ inci persegi belacan yang telah dibakar.
Sedikit garam jika perlu.
Caranya:
Tumbuk lada merah, cili padi dan bawang putih sehingga lumat.
Campurkan dengan belcan, gula merah dan asam jawa ( bukan airnya tau, asam jawa itu sendiri)
Tumbuk lagi bersama daun limau purut sehingga lumat.
Tumbukkan kacang agak kasar2.
Boleh juga dicampurkan sedikit garam mengikut rasa masing2.
Campurkan dengan ½ cawan air. Kuah ini agak pekat. Jadinya atas kita sendiri mengagaknya.


Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

Care to comment?


Thursday, 26-Jul-2007 23:58 Email | Share | | Bookmark
Cucur Sotong dan Kentang

 
Selamat Datang ke Dapur Maklang



Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
2 biji kentang dipotong dadu kecil
3 ekor sotong yang dihis bulat2 setebal 1/4 inci
1 labu bawang besar di hiris memanjang
1 sdm cili keirng yang telah diblend
1 sdt serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 pokok daun bawang dihiris setebal 1/2 inci
1 biji carrot sederhana besar dihiris panjang dan nipis
1 biji telor
Air 2-2.5 cawan ( mengikut kepekatan)

Caranya:

Semua bahan2 dicampurkan dan digaul rata. Seeloknya guna sudu atau sendok yang nipis kerana ini akan mengurangkan udara yang berada didalam adunan itu penuh. Jangan gaulkan terlalu lama keran ia akan menyebabkan adunan menjadi keras apabila digoreng. Semasa meletakkan air, pastikan dimasukkan sedikit 2kerana adunan ini tidaklah terlalu cair.

Apabila sudah sebati hendaklah digoreng diatas minyak yang panas. Sedap dimakan dengan sos cili. Sesuai untuk breakfast atau minum petang. Paling sedap sekiranya tengah lapar sangat!

Selamat mencuba!

nmpk mcm sedappp.. nanti boleh cuba lah.. Thanks Mak Lang for sharing.. Fri 27-Jul-2007 01:22
Posted by:ajzie  - [Link]
Welcome to fp


more editing and
update at :-
http://sfawani.fotopages.com
www.sfawani.com

Fri 27-Jul-2007 07:28
Posted by:Shukri Sfawani sfawani@hotmail.com
welcome to fotopages ..

'lensa merakam gambar berseri'
'buat memori kekal abadi'
http://anjungmemori.fotopages.com
Fri 27-Jul-2007 12:35
Posted by:napie anjungmemori@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Thursday, 26-Jul-2007 14:25 Email | Share | | Bookmark
Telur Dadar Sayur Campur

 
 
Selamat Datang ke Dapur Maklang




Assalamualaikum

Bahan-bahanya:

Kobis hijau dihiris nipis
Kobis purple di hiris halus
Carrot dihiris halus
Bawang besar dimayang
Sedikit garam
Lada merah dimayang
Sedikit minyak untuk menggoreng
4 biji telor

Caranya:

Pukul telor dan campurkan kesemua bahan2. Goreng seperti mendadar telur...

Selamat mencuba...


hai...welcome to fp
ada berita baik utk semua ( peluang kerjaya sambilan ),
utk keterangan yg lebih lanjut..sila klik link kt belah kanantu --->
cepat klik...jgn ketinggalaaaaaaaannnnnn.............
Thu 26-Jul-2007 14:58
Posted by:danish  - [Link]
Add comment


Thursday, 26-Jul-2007 13:57 Email | Share | | Bookmark
Nan Berinti daging

 
Selamat ke Dapur Maklang

Assalamualaikum





Untuk nak buat Nan berinti daging ni, bahan2 yang diperlukan adalah seperti berikut:

Beberapa keping roti nan
Sebungkus daging cincang
1 labu Bawang besar yang dipotong dadu
3-4 sudu besar cili sos
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Beberapa tangkai daun ketumbar
Tomato yang dipotong dadu


Mula2 nan di potong dua dan dibakar atas kuali, tanpa minyak. Apabila telah agak lembut, bolehlah diangkat. Potong antara kepingan nan itu untuk membuat lubang di tengahnya.

Tumiskan daging cincang. Masukkan bawang yang telah didadu. Apabila daging telah agak kering, masukkan cili sos, lada hitam, sedikit garam dan daun ketumbar. Gaul rata dan biarkan sehingga agak kering.

Kemudian letakkan daging tadi kedalam nan tadi, dan letakkan tomato yang telah dipotong dadu di atasnya. Boleh juga jika mahu letakkan potongan timun.


Selamat mencuba! Sedap untuk makan pagi dan sesuai untuk bekalan anak2 ke sekolah.</div>

Care to comment?


Thursday, 26-Jul-2007 13:51 Email | Share | | Bookmark

 
Selamat Datang ke Dapur Maklang


Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.


* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.


Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

emmmm......sedap dan ringkas membuatnya so....sesuai benar bagi saya yang bekerja.pening juga nak memikir apalah resepi nak masak.thanks utk resepi ini.we love it. Tue 11-Sep-2007 08:18
Posted by:zura khaizurasss@yahoo.com
Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.