Dari Teratak Maklang - - Fotopages.com
Roti Asas
Bahannya:
Bahan A:
480gm roti berprotin tinggi
120 gm tepung serbaguna
4 sdt bumbung mauripan (yis kering)
1sdt garam
2-3 sdt bread improver ( tak ada pun tak adap. tapi roti tidaklah selembut macam kat kedai)
20gm tepung susu
110gm gula
Bahan B:
300ml air
1 biji telur
Bahan C:
60gm butter
Caranya:
Campurkan bahan A sehingga sebati.
Masukkan bahan B dan gaul rata.
Masukkan bahan C dan uli sehingga tidak melekat di mangkuk.
Tutupkan doh dan biarkan selama 50-60 mins sehingga size nya 2 kali ganada
Cucukkan jari ditengah doh, dan sekiranya ianya tidak tenggelam menunjukkan doh telah sedia untuk diuli menjadi roti
Untuk roti tuna:
Buangkan air tuna, dan hancurkannya. Letakkan 2 sdb mayo dan sedikit perahan air limau serta lada padi jika mahu. Letakkan bawang besar yang telah dipotong dadu.
Selepas sudah mencanai tepung, masukkan tuna. Biarkan selama 40 mins sebelum dibakar...
Roti ini boleh digunakan sebagai roti asas untuk semua jenis roti.
Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Oreo Cheese
Sebab ramai sangat nak kan resipi Oreo Cheese yang maklang buat dan sedaaap sangat and maklang nak share dengan semua, maka maklang letakkan kat sini...Selamat mencuba.
Sebenarnya resipi ni maklang jumpa masa maklang ronda kat internet tengahari semalam, nak cari apa nak buat...Tapi tak ingat dah kat mana ianya berasal!
So, here goes...
Bahan2nya:
20 keping oreos (yang dua lapis)
butter secukupnya.
Blend oreo sehingga hancur dan campurkan dengan butter dan gaulkan sehingga boleh di kepalkan. Masukkan dalam bekad cupcakes dan tekankan supaya rata...
Masukkan kedalam fridge selama 10 mins.
Untuk nak buat inti cheese.
250g cream cheese
3/4 cawan gula icing ( boleh kurangkan jika mahu)
1 cawan whipped cream
1 biji telur
vanilla essence
Caranya:
Pukul cream cheese bersama gula sehingga sebati. Masukkan whip cream dan pukul lagi. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan vanilla. Kemudian masukkan sedalam acuan cup cake tadi. Bakarkan selama 20 mins atau sehingga ia kekuningan. Biarkan sebentar diluar dan kemudain masukkan ke dalam peti ais. Sedap di makan sejuk2...
Beriani Ayam
Hari ini maklang masak Beriani Ayam. Bukannya apa, dah lama tak masak, and semalam jumpa daun pudina kat pasar tani. Fresh2 pulak tu. Biasanya payah nak dapat daun pudina ni.
Jom kita masak...
Bahan2 untuk nasi:
3 put beras Basmathi dicuci dan ditoskan
3 put air
1/2 put yogurt ( boleh digantikan dengan 1/2 put susu pekat dicampurkan dengan 2-3 sdb perahan air limau nipis)
Sedikit garam mengikut rasa
3 biji lada merah }
3 biji bawang merah }di mesin halus
3 ulas bawang putih }
1/2 inci halia }
bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga
1 labu bawang besar di mayang
2 helai daun pandan di simpulkan
4 sdb minyak sapi
3sdb minyak masak
sedikit pewarna kuning, saffron(koma-koma) dan air mawar.
1 pokok daun bawang, daun ketumbar, daun sadri dipotongsepanjang 2 inci
secekak daun pudina dibuang batangnya
segenggam gajus digoreng }
segenggam kismis digoreng sebentar } boleh dikurangkan jika tidak suka
Caranya:
Cairkan minyak sapi bersama minyak masak.
Tumis bwawang besar yang dimayang bersama dengan rempah tumisan sehingga naik bau.
Masukkan bahan yang telah dimesin dan digoreng sebentar.
Masukkan air dan yogurt serta daun pandan.
Apabila mendidih, masukkan beras.
Apabila separuh masak, masukkan daun bawang, daun ketumbar dan daun sadri serta daun pudina .
Apabila nasi tlah masak, ambilkan minyak dari lauk beryani dan diletakkan kedalam nasi. Ambil jugak sedikit dari rempah beryani ayam tersebut dan digaulkan dengan nasi.
Pewarna kuning serbuk dicairkan dengan 3sdb air mawar bersama saffron. Renjis2kan ke dalam nasi. Tutup periuk nasi dan biarkan sebentar
Masukkan jugak kismis dan gajus yang telah digoreng tadi
Lauk Beryani
1 1/2 ekor ayam dipotong dan dibersihkan.
3 biji bawang merah }di mesin halus
3 ulas bawang putih }
1/2 inci halia       }
Rempah beryani 1-2 packet
bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga
2 biji bawang merah di mayang
5 sdb minyak sapi
3sdb minyak masak
4 biji tomato masak dimesin halus
1/2 tin tomato puree
4sdb madu
2 sdb gula putih
1 sdb gula merah
2 adb HP sauce (kalau tak ada tak pe)
1/2 tin susu cair
4 biji lada hijau dipatah2kan sepanjang 1 inci
10 biji badam dimesin halus
1 pokok daun bawang, daun ketumbar, daun sadri dipotongsepanjang 2 inci
secekak daun pudina dibuang batangnya
segenggam gajus digoreng }
segenggam kismis digoreng sebentar } boleh dikurangkan jika tidak suka
garam mengikut rasa
Caranya:
Gorengkan ayam bersama garam dan kunyit. Jangan terlalu masak.
Panaskan mnyak sapi bersama minyak masak. Tumiskan rempah tumisan bersama bawang merah yang dihiriskan.
Masukkan bahan2 yang dimesin tadi.
Apabila telah naik bau, masukkan rempah berani.
Apabila rempah telah garing, masukkan tomato blend, tomato puree, badam, HP sause,
lada hijau, madu, gula dan susu. Apabila telah naik minyak, masukkan ayam.
Masakkan atas api kecil sehingga naik minyak lagi.
Masukkan pula daun2 tadi bersama kismis dan gajus.
(Biasanya maklang tak letak banyak sangat dalam gajus sebab nanti tak jumpa! Baik masukkan kat dalam nasi. Senang carik!)
Apabila telah betul2 masak, ambil minyaknya dan letakkan kat dalam nasi.
Acar mentah
1 biji Timun di hiris nipis sepanjang 1.5 inci. Hempulur nya dibuang
1 biji carrot juga dihiris nipis sepanjang timun
bawang kecil dihiris
bawang putih dihiris
2 biji lada merah dihiris
1 biji tomato dipotng nipis
sedikit garam dan gula
Campurkan semua bahan. Acar ini tak dicampur dengan cuka. Tomato boleh digunakan sebagai pengganti cuka. ( Maklang pun sebenarnya taj tahan dengan cuka ni. Boleh buat perut masuk angin!)
Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Gado gado
Bahan-bahannya:
3 biji lada merah
3 biji cili padi
3 ulas bawang putih
Sebesar ibujari asam jawa ( dibuangkan bijinya)
2 sdt gula merah
3 helai daun purut
1 cawan kacang tanah digoreng
½ inci persegi belacan yang telah dibakar.
Sedikit garam jika perlu.
Caranya:
Tumbuk lada merah, cili padi dan bawang putih sehingga lumat.
Campurkan dengan belcan, gula merah dan asam jawa ( bukan airnya tau, asam jawa itu sendiri)
Tumbuk lagi bersama daun limau purut sehingga lumat.
Tumbukkan kacang agak kasar2.
Boleh juga dicampurkan sedikit garam mengikut rasa masing2.
Campurkan dengan ½ cawan air. Kuah ini agak pekat. Jadinya atas kita sendiri mengagaknya.
Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Cucur Sotong dan Kentang
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
2 biji kentang dipotong dadu kecil
3 ekor sotong yang dihis bulat2 setebal 1/4 inci
1 labu bawang besar di hiris memanjang
1 sdm cili keirng yang telah diblend
1 sdt serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 pokok daun bawang dihiris setebal 1/2 inci
1 biji carrot  sederhana besar dihiris panjang dan nipis
1 biji telor
Air 2-2.5 cawan ( mengikut kepekatan)
Caranya:
Semua bahan2 dicampurkan dan digaul rata. Seeloknya guna sudu atau sendok yang nipis kerana ini akan mengurangkan udara yang berada didalam adunan itu penuh. Jangan gaulkan terlalu lama keran ia akan menyebabkan adunan menjadi keras apabila digoreng. Semasa meletakkan air, pastikan dimasukkan sedikit 2kerana adunan ini tidaklah terlalu cair.
Apabila sudah sebati hendaklah digoreng diatas minyak yang panas. Sedap dimakan dengan sos cili. Sesuai untuk breakfast atau minum petang. Paling sedap sekiranya tengah lapar sangat!
Telur Dadar Sayur Campur
Assalamualaikum
Bahan-bahanya:
Kobis hijau dihiris nipis
Kobis purple di hiris halus
Carrot dihiris halus
Bawang besar dimayang
Sedikit garam
Lada merah dimayang
Sedikit minyak untuk menggoreng
4 biji telor
Caranya:
Pukul telor dan campurkan kesemua bahan2. Goreng seperti mendadar telur...
Selamat mencuba...
Nan Berinti daging
Assalamualaikum
Untuk nak buat Nan berinti daging ni, bahan2 yang diperlukan adalah seperti berikut:
Beberapa keping roti nan
Sebungkus daging cincang
1 labu Bawang besar yang dipotong dadu
3-4 sudu besar cili sos
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Beberapa tangkai daun ketumbar
Tomato yang dipotong dadu
Mula2 nan di potong dua dan dibakar atas kuali, tanpa minyak. Apabila telah agak lembut, bolehlah diangkat. Potong antara kepingan nan itu untuk membuat lubang di tengahnya.
Tumiskan daging cincang. Masukkan bawang yang telah didadu. Apabila daging telah agak kering, masukkan cili sos, lada hitam, sedikit garam dan daun ketumbar. Gaul rata dan biarkan sehingga agak kering.
Kemudian letakkan daging tadi kedalam nan tadi, dan letakkan tomato yang telah dipotong dadu di atasnya. Boleh juga jika mahu letakkan potongan timun.